Ramai ibu bapa yang mahu mencari ubat alternatif lain selain ubat doktor untuk mengubati batuk dan selsema. Ada jugak yang menggunakan doa & penawar ayat Al-Quran.
So bagaimana melegakan batuk dan selsema untuk kanak-kanak.
PETUA 1:
LEMON + MADU
Jus daripada beberapa hirisan lemon dicampur dengan madu dan dibancuh dalam air suam.
• Lemon boleh digantikan dengan buah limau nipis.
PETUA 2:
HALIA + LEMON + MADU
Terdapat dua cara yang boleh dipilih:
1) Halia dan buah lemon dihiris nipis. Masukkan hirisan halia dan lemon serta madu ke dalam sebotol air.
2) Sedikit halia ditumbuk lumat dan diambil airnya. Campurkan air halia dengan madu, jus lemon dan air biasa. Cara ini lebih berkesan.
PETUA 3:
BAWANG PUTIH - PALING MUJARAB!
Seulas bawang putih disalai selama beberapa minit lalu dimakan begitu sahaja.