
Tuesday, 22 September 2015
17 Makanan Perlu ada dirumah
Ramai yang mengeluh dan susah hati apabila menjaga anak kecil tetapi tidak mahu makan dan mungkin tidak lalu.
Padahal kesihatannya baik dan normal.
Sebenarnya, memang ramai budak kecil tidak mahu makan, namun ada juga budak yang berselera makan , boleh makan makanan yang sihat,nasi,sayur ikan,seperti orang dewasa.
Jika anak kita tidak mahu makan,maka semak-semak perkara berikut:
Anak sebenarnya suka makan junkfood(jajan).
Ini adalah senarai junkfood ( milo, susu kotak, biskut , gula-gula, cornflake ,kek, aiskrim atau seangkatan dengannya).
Itu saja punca utama sebenarnya.
Sistem pemilihan makanan di dapur kita adalah berupa makanan proses dan tidak sihat. Oh ya, susu tepung berperisa juga sepatutnya dihentikann buat sementara waktu kerana kanak-kanak banyak yang kenyang kerana bancuhan susu tepung ini,padahal susu tepung tidak memberi nutrisi untuk perkembangan anak.
Maka, ubah sumber pemakanan keluarga.
Hentikan pembelian makanan jajan untuk anak.
Kembali kepada makanan asas, air masak, buah,makan nasi,sayur ikan.
Nak air best, buat air kelapa, hatta buah tembikai jika dimakan pun berair-air.
Kerana anak kecil yang sihat bila sudah lapar kita beri apa sahaja dia pasti makan.
Jangan takut ajar anak lapar sekejap kerana protesnya mahu makanan jajan.
Kerana selepas itu, dia akan biasa dengan sistem pemakanan yang betul dan sihat dan tidak perlu risau lagi anak tidak lalu makan.
Selamat mencuba :)
Labels:
anak sihat,
Makanan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment